Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Text: Tambah BesarText: AsalText: Tambah Kecil
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
Kemaskini Pada: 17 Okt 2017
Versi 8.0.2c
Pejabat Majlis Daerah SaratokPejabat Majlis Daerah Saratok

Majlis Daerah Saratok yang ditubuhkan pada tahun 1948 dahulunya dikenali dengan nama Kalaka Mixed Local Authority, pada tahun 1954 Kalaka Local Authority telah ditukar kepada Kalaka District Council. Pada tahun 1991 Kalaka District Council sekali lagi ditukar nama kepada Saratok District Council atau Majlis Daerah Saratok yang kekal sehingga ke hari ini.

Majlis Daerah Saratok terletak di bahagian timur laut dari Bandaraya Kuching dan keluasan kawasan pentadbiran lebih kurang 1,686.88 persegi yang merangkumi dua Daerah Kecil iaitu Daerah Kecil Roban dan Daerah Kecil Kabong.

Untuk memudahkan kawalan dan pengurusan kawasan Saratok, daerah Saratok telah dibahagikan kepada 2 daerah kecil iaitu, Daerah Kecil Roban dan Daerah Kecil Kabong. Di setiap Daerah Kecil tersebut, pejabat dan perpustakaan awam telah disediakan demi kemudahan penduduk setempat. Terdapat sebuah tempat berkelah yang dinamakan Pantai Tanjung Kembang yang terletak berdekatan dengan Pasar Daerah Kecil Kabong.