Piagam Pelanggan
PIAGAM PELANGGAN MAJLIS DAERAH SARATOK
-
Memberi respon kepada pengadu dalam tempoh dua puluh empat ( 24 jam ) dan status perlaksanaan tindakan ke atas aduan dalam tempoh tidak melebihi tiga ( 3 hari ) bekerja dari tarikh aduan di terima.
-
Permohonan pelan bangunan yang lengkap akan diproses dan dikemukakan kepada agensi luar/ seksyen dalaman yang berkaitan untuk ulasan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja.
-
Pelan bangunan dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Majlis dalam tempoh tidak melebihi empat belas ( 14 ) hari bekerja selepas mendapat kelulusan dari semua agensi yang berkaitan untuk kelulusan
-
“Occupation Permit “ ( OP ) hendaklah dikeluarkan dalam tempoh dua ( 2) hari bekerja.
-
Semua Tuntutan bayran dibayar dalam tempoh sepuluh (10) hari bekerja.
-
Sampah domestik dikutip sekurang-kurangnya dua ( 2 ) kali seminggu dan mengikut jadual kutipan yang ditetapkan oleh Majlis.
-
Buku baru yang diperolehi melalui perolehan Pihak Berkuasa Tempatan dan pinjaman berkelompok diproses dan dipamerkan untuk pinjaman dalam tempoh dua (2) bulan dari tarikh penerimaan.
-
Mengambil tindakan susulan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja ke atas setiap kesalahan / pelanggaran undang-undang.
-
Keputusan permohonan lessen perniagaan dikeluarkan dalam masa tiga (3) hari bekerja.
-
Bil cukai taksiran dihantar kepada pelanggan selewat-lewatnya pada 30 April dan 30 September pada setiap tahun.
-
Minit Mesyuarat Majlis hendaklah disediakan dan diedarkan dalam masa tujuh (7) hari bekerja.
-
Sekurang-kurangnya 95% pegawai Gred 22 dan ke atas menghadiri latihan sekurang-kurangnya 42 jam setahun.
-
Melaksanakan program pembangunan komuniti bersama penduduk / badan bukan kerajaan mengikut jadual yang dirancang dan dapat dilaksanakan lapan puluh lima peratus (85%) dalam tahun semasa.
-
Sekurang –kurangnya lapan puluh lima peratus (85%) jumlah projek pembangunan yang diluluskan siap dilaksanakan dalam tahun semasa.
“ KE ARAH PEMBANGUNAN MAMPAN “
“ AN HONOUR TO SERVE “